Isnin, 19 April 2010

Soalan LazimTentang Public Mutual

Apa itu Public Mutual?
Public Mutual adalah satu badan yang mengendalikan dana amanah no.1 di Malaysia dan Asia.

Apakah Jenis-jenis Dana dalam Public Mutual?
Dana-dana yang diterbitkan di Public Mutual ada 2 jenis; iaitu Dana Islamik dan Dana konvensional.

Apakah itu Dana Islamik?
Dana Islamic di Public Mutual adalah dana Islam terbaik di Asia. Ia menerbitkan dana yang berteraskan Syariah. Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada 30 September 2009, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM13.2 bilion. Ini merupakan 58.3 peratus bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.Dana tersebut dipantau oleh panel yang dilantik oleh Public Mutual dan sebagai sebuah instrument pelaburan Islam Majlis Penasihat Shariah khas baginya adalah Islamic Banking and Finance Institute Malaysia ( IBFIM ).

Bagaimana Untuk Melabur?
Anda boleh melabur melalui agen-agen yang dilantik dan bertauliah. anda dikehendaki mengisi borang pelaburan dan terus melabur minima RM 1000 ke atas unit amanah yang disukai atau disarankan oleh agen.

Cara-Cara Melabur Dalam Unit Amanah.
i. Melalui Kaedah tunai.
- Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
- Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
- Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)
ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.
Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.
CONTOH :-
Katakan anda berumur 30 tahun dan baki Akaun 1 dalam KWSP anda pada saat ini adalah RM50,000. Pada usia ini, anda mesti mempunyai Simpanan Asas di dalam Akaun 1 sebanyak RM18,000. Jadi anda layak melabur sebanyak RM6,400 sahaja. Iaitu RM50,000 tolak RM18,000-hasilnya darab dengan 20%.OK sekarang, kira untuk diri sendiri.


Bolehkah Saya Menambah Pelaburan dan Bagaimana Caranya.
Anda boleh membuat pelaburan tambahan minima Rm 100. Anda boleh membuat tambahan pelaburan di mana-mana cawangan Public Bank dengan mengisi borang yang disediakan (serupa macam borang deposit duit).
Anda juga boleh menambah pelaburan melalui ATM jika anda ada kad ATM Public Bank.
Selain itu, anda boleh membuat pelaburan tambahan melalui Direct Debit Investment (DDI) iaitu arahan tetap bulanan.(mcm potongan simpanan tabung haji) melalui akauan di Public Bank.BSN atau Malayan Banking Berhad.


Tiada ulasan: